SKUAD 169 PARLIMEN KOTA BELUD
JANGAN TERKEJUT JIKA MP KOTA BELUD MENDAKWA SKUAD 169 TELAH DAPAT RESTU PRESIDEN UMNO. MACAM-MACAM ADA.....
Dalam riuh rendah rakyat Kota Belud memerhati karenah, telatah dan gelagat MP Bebas dalam Dewan Rakyat melalui kaca TV, nun dekat dengan mereka, wakil rakyat dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menjalankan tugasnya seperti dia juga seorang MP bebas setiap kali "turun padang".
Orang tanya kenapa Pipit berhujah begitu? Nah soalan ini Pipit serahkan kepada DARD yang bisa memberi jawapan yang tepat. DARD lebih arif dan bijak berpolitik. DARD lebih tahu kenapa dia tidak menggunakan parti UMNO atau BN jika mengadakan program di kawasan parlimen yang diwakilinya.
Orang tanya kenapa Pipit ribut pasal DARD tubuhkan Skuad 169? Apakah DARD telah melakukan sebarang kesalahan? Ooooo tidak ada salahnya. DARD boleh tubuh apa saja untuk bantu rakyat di kawasan yang diwakilinya. Tentu sekali ada baiknya DARD libat golongan remaja dan golongan muda menjalankan kerja-kerja masyarakat. Pikul beras. Pikul sardin. Jumpa rakyat. ambil gambar rumah rakyat miskin dll.
Soalan pipit tiadakah muslihat politik DARD menubuhkan Skuad 169? Apakah tidak ada jentera parti UMNO? Kenapa tidak gunakan jentera Pemuda, Wanita dan Puteri atau Putera UMNO? Bukankah DARD bertanding sebagai calon BN yang mewakili UMNO pada PRU yang lepas?
Sebagai wakil rakyat BN yang didokong UMNO, ternyata tindak-tanduk DARD di Kota Belud sepertinya beliau tidak berniat mempromosi parti UMNO dan BN tetapi promosi dirinya. Maksud tindakannya sekarang, UMNO tidak penting, DARD yang penting! Nah! bukankah ini tindakan seperti seorang wakil rakyat Bebas?
Mungkinkah tujuan DARD menubuhkan Skuad 169, yang bunyi seperti skuad kominis dizaman bintang tiga, untuk menyampaikan isyarat bahawa dia boleh bertindak sendirian tanpa perlu sokongan UMNO dan BN. Datuk Rahman yang bisa memberi jawapan.
DARD bukan ahli UMNO Kota Belud walaupun dia bertanding sebagai calon MP untuk kawasan parlimen Kota Belud. Fakta ini semua orang tahu. Seorang bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian Tuaran, DARD ingin menaiki hiraki parti. Pada pemilihan lalu bertanding kerusi timbalan ketua UMNO tetapi tewas kepada Aliasgar Hj Basri dengan alasan kekalahan itu berpunca daripada sikap tidak gentleman Ketua Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Hj Noor yang memihak kepada lawannya.
Tidak heranlah Hajiji tidak sokong DARD kerana dia lebih suka promosi diri daripada promosi parti. Ya mungkin itulah niat Rahman di Kota Belud seperti juga apa yang telah dilakukan di Tuaran. Melakukan aktiviti politik dengan memperlekehkan peranan Ketua UMNO Tuaran. Semua program konon restu KL kerana pada masa itu DARD menjawat Penolong Setiusaha Pemuda UMNO Malaysia. Orang kuat KJ. Orang rapat dengan Hishamuddin. Setakat Datuk Hajiji dia tak pandang.
Sebagai bekas Ketua SETPOL kepada Ketua Menteri Sabah, DARD juga punya hubungan intim dengan Datuk Musa Aman. Baru minggu lepas, Musa lantik lagi DARD sebagai Setiusaha BN Sabah. Ya, tambah besar kepala DARD. Ya kerana kontek yang baik ini, siapa pemimpin UMNO yang lebih besar dari DARD diTuaran atau Kota Belud?
Gambaran jelas yang mahu disampaikan DARD kepada rakyat Kota Belud, Skuad 169 yang ditubuhkannya hanya boleh menjalankan tugas jika DARD di kekalkan sebagai calon MP Kota Belud. Parti UMNO/BN tidak penting tetapi DARD dan skuadnya yang penting.
Waduh..bisa jadi gawat parti UMNO pak!