Thursday, January 28, 2010

TUAH BANJIR KEPADA YB TEMPASUK


YB Datuk Hj Musbah, ADUN Tempasuk dan hero banjir  Kota Belud. Imejnya terpampang di blognya sendiri setiap hari. Tahniah!

"Datuk, bangun Datuk,  banjir dahsyat!. Hujan lebat  dan banjir besar berlaku!!!"  Suara itu mengejutkan Datuk Musbah.

"Haaa...banjir lagi. Cepat ambil kamera aku. Bawa bateri spare. Bawa dua kameralah. Mana driver? Start kereta Ninja King.  Cepatlah! Kenapa kau berdiri macam orang bodoh ni?!  Kita jalan sekarang sebelum banjir turun" Secepat kilat  Datuk tu melompat dari atas katil.

"Bawa sarung surat dan duit tunai. Cepatlah! Jangan bagitahu lain-lain pemimpin. Biar aku yang sampai dulu ke Kota Belud"

Datuk buru-buru mau ke mana sih?" Tiba-tiba pembantu rumah yang terkejut tadi  bertanya.

"Datin ya hanya minta saya beritahu Datuk ada banjir besar, banjir teruk. Ramai orang kena musibah. Kenapa Datuk terus melompat"

"Ini masalah rakyat. Saya mesti melawat. Banjir masalah besar. Ini tanggungjawab saya kepada rakyat. Saya wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Kau pembantu rumah saja" Tegas suara Datuk marah kepada pembantu rumahnya.

"Tapi Datuk" kata pembantu rumah itu.

"Jangan tapi-tapi lagi. Buduh! Cepat siapkan barang-barang yang  aku perlu. Mana Datin?"

"Datuk mahu ke Kelantan?"

"Bodoh. Buat apa saya pergi Kelantan?. Saya mahu ke Tempasuk. Kota Belud. Banjir besar." Tengking Datuk.

"Banjir Kota Belud itu yang minggu lepas Datuk".

Hah!!! Jadi banjir itu di mana?" Tiba-tiba Datuk bertanya

"TeleVision  kata banjir di Kelantan  bukan di Kota Belud......."

".......Buduh!Buduh! Buduh!
melepas aku...." Marah nampaknya Datuk ini bila tiada banjir.

Wednesday, January 27, 2010

salam perkenalan KERANA SEPOHON NANGKA



Saya telah ikuti perkembangan blog dan bloggers dari Kota Belud dengan penuh menarik. Kawan saya kata paling banyak orang buka akaun facebook dan jadi blogger adalah orang Kota Belud. Orang muda-muda. Yang bukan muda masih politik kedai kopi. Jadi orang kata kadar celik IT di kalangan orang Kota Belud paling tinggi di negeri Sabah. bangga kita? tentu sekali bangga.

Satu ketika dulu tiba-tiba saya teringat peristiwa sepohon nangka. Masa itu saya masih kanak-kanak. Terdapat sepohon nangka di hadapan rumah milik keluarga cikgu Bakrin Yusuf sekarang. Dulu rumah itu milik arwah Hj Yusof Samit, ayah Bakrin. Pohon nangka itu tidaklah ranum seperti pokok cempedak. Pokoknya sudah tua. Setahun berbuah sebiji hingga 3 biji. Tapi buahnya besar.

Pohon nangka itu kononnya "pesaka" nenek moyang dan tidak boleh dijual atau ditebang. Pesanan yang empunya tanaman. Nangka jenis "binulang" atau jenis ulas berwarna kuning merah yang manis. Jarang ada di Kota Belud pada masa itu.

Akibat sepohon nangka tersebut. Akibat kejahilan seorang manusia Bajau yang memiliki pohon nangka ini, kampung saya tidak mendapat bekalan elektrik selama 3 tahun. Bayangkan 3 tahun kerana sepohon nangka!

Ada beberapa pokok termasuk pokok kelapa, wani(kuini), pokok telupid, bambangan telah ditanda X dan kerajaan membayar antara Rm50 dan Rm 200 pampasan pada ketika itu. Pokok itu ditebang untuk memasang kabel elektrik ke Kampung Menunggui dan termasuk kampung sekitar akan mendapat bekalan elektrik.

Setelah menunggu 3 tahun, pemilik pohon nangka pun meninggal dunia. Kerajaan yang bersabar begitu lama dapatlah memasang kabel elektik ke kampung-kampung berkenaan termasuk lah di kampung saya.

salam pertemuan.