Thursday, April 8, 2010

BLOGGER SELIU-LIU CALON USUKAN ATAU PARLIMEN KOTA BELUD


BLOGGER SELIU-LIU - MOHD AZRONNE PEJUANG BAJAU TULIN!

Suka tak suka, setuju tak setuju, Pipit kagum dengan semangat dan perjuangan Blogger Seliu-liu @ Mohd Azronne Sarabatin yang tidak henti-henti membelasah Ketua UMNO Kota Belud dan YDP Perkasa Sabah dalam isu tanah Kg Wakap dan Kg Labuan dan isu cadangan pemecatannya sebagai wartawan kanan Berita Harian. Saban hari, saban minggu ada saja tulisan mengenai SSK dan Musli Oli.

Memang sesuai seorang keturunan cucu pejuang Perang Pandasan seperti Azrone membela nasib rakyat Usukan. Kalau bukan cucu pejuang, siapa lagi yang berani berhadapan dengan pemimpin besar seperti SSK? 

Azronne seorang penulis dan wartawan yang hebat dan telah banyak menerima anugerah dan hadiah kewartawanan dari Shell dan semua hadiah-hadiah wartawan dalam dan luar Malaysia, siapa lagi yang layak membelasah Musli Oli, seorang penulis politik yang mempertahankan SSK?

Hebat memang hebat. Tiada anak Bajau-Sama yang lebih hebat dari Blogger Seliu-liu! Mana patut Datuk Seri Salleh cadang projek membina lebuhraya Kudat By Pass! Mana patut tanah sawah padi rakyat dirampas dan tidak dibayar kerajaan satu sen! Apa BN ini kerajaan Yahudikah? Inikah slogan 1Israel?

Kenapa Musli cadang Azrone dipecat kerana Azrone mengkritik SSK? Ini kerja tak patut! Perkasa patut sokong Azronne dan belasah lagi SSK!

Pipit minta semua orang Kota Belud, oyo diki, too mura' semua bangsa kita lobi ramai-ramai supaya Bloggers Seliu-liu dipilih calon pilihanraya ke 13! Parti PAS, SAPP dan PKR buka mata dan telinga, lihat siapa hero rakyat sebenarnya!

Azronne Sarabatin calon kita!!!!!

Monday, March 22, 2010

MUSLI OLI KETUA BIRO POLITIK BN - APA AGENDA SSK?


SEJAK DILANTIK  AJK BARISAN NASIONAL,  MUSLI SUDAH HISAP CIGAR !

Semalaman Pipit di Kota Belud. Ahad ramai kenduri kawin kaum kerabat di kampung halaman Pipit. Disamping menjamah juadah yang beranika jenis, mata saya liar memerhati keliling dengan harapan dapat bertemu YDP Perkasa Sabah, Musli Oli yang kabarnya telah dilantik sebagai AJK Barisan Nasional Kota Belud.

Tujuan Pipit minta komen dan pengesahan perlantikan itu dari mulut beliau sendiri. Tetapi saya tidak bertemu dengan MO sepanjang hari hingga ke malam. Mungkin MO sakit  kerana kabar dari kawan-kawan Musli diserang sakit jantung minggu lepas dan diselamatkan Dr Saijan. Dia post dalam facebook.

Saya ucap tahniahlah kepada Musli Oli. Selain tanggungjawab sebagai YDP Perkasa, dia telah diberi tugas lebih mencabar. Tapi kawan-kawan yang bercerita, ramai tidak setuju Musli dilantik sebagai AJK BN. Mereka kata Musli adalah aktivis politik yang pandai "sawan" dan akan serang BN bila-bila masa jika ada isu yang dia tidak setuju.

"SSK lantik loose cannon, yang akan tembak semua arah termasuk ke arah pemimpin UMNO dan BN sendiri. Lepas itu buat kenyataan mau tanding parlimen Kota Belud" Kata salah seorang dari kawan yang nampak marah sangat dengan perlantik MO. Katanya lagi Musli adalah penulis buku dan kadang-kadang tulis yang kena batang hidung BN. Sudah tentu kesetiaannya tidak sepenuhnya kepada BN.

Namun seorang telah memberi pendapat yang menarik. Menurutnya perlantikan MO adalah budi bicara Pengerusi BN Kota Belud, Datuk Seri Salleh Keruak.  SSK pasti ada muslihat kenapa pilih MO.

Tetapi yang pasti ramai cakap Musli sudah cakap besar dan tembirang sejak dilantik sebagai AJK BN. Pipit tidak sabar mendengar sendiri cerita dari mulut MO sendiri.

Saturday, March 20, 2010

SAYA TAK CUKUP HANDSOME UNTUK ZIZIE - Siapa bohong? Zahrain, Bung atau Rahman Dahlan?



Datuk Bung Mukhtar Radin, MP Kinabatangan yang namanya  didedahkan Datuk Zahrain sebagai salah seorang dari lapan orang  MP dari BN yang akan melompat menyertai PKR menafi sekeras-kerasnya beliau pernah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya Bung menuduh Zahrain sebagai pembohong besar!

Teringat Pipit kepada  kenyataan Bung "Saya mana  cukup hensem untuk menjadi suami zizie".

Seingat Pipit ada seorang MP yang berapi-api berucap dan membuat dakwaan dalam Dewan Rakyat kononnya  mendapat tawaran wang yang banyak (boleh hidup mewah sampai tujuh keturunan) untuk sertai Pakatan Pembangkang. Orang itu ialah MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Jangan pula Rahman marah kerana  namanya tidak termasuk dalam lapan MP yang  didedahkan Datuk Zahrain Hashim. Maklumat yang didedahkan Zahrain adalah maklumat yang diperolehi daripada Anwar Ibrahim.

MP yang cadang melompat semua dapat ganjaran besar. Anifah Aman menteri penuh selepas berucap sanggup pindah rumah teres. Dr Puad jadi Timbalan Menteri. Ronald Kiandee Timbalan speaker. Ku Li nak jadi PM kerajaan Perpaduan. Tapi Bung dapat  hadiah paling best asal jangan lompat, ZIZIE!

Rakyat dan  Pipit makin pening  fikir perangai MP kita ni.


Thursday, March 18, 2010

MP KOTA BELUD DAN SKUAD 169- DAH JADI MP BEBAS?


SKUAD 169 PARLIMEN KOTA BELUD

JANGAN TERKEJUT JIKA MP KOTA BELUD  MENDAKWA SKUAD 169 TELAH DAPAT RESTU PRESIDEN UMNO. MACAM-MACAM ADA.....



Dalam riuh rendah rakyat Kota Belud memerhati karenah, telatah dan gelagat MP Bebas dalam Dewan Rakyat melalui kaca TV, nun dekat dengan mereka,  wakil rakyat dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menjalankan tugasnya seperti  dia juga seorang MP bebas setiap kali  "turun padang".

Orang tanya kenapa  Pipit berhujah begitu? Nah soalan ini Pipit serahkan  kepada DARD yang bisa memberi jawapan yang tepat. DARD lebih arif dan bijak berpolitik. DARD lebih tahu kenapa dia tidak menggunakan parti UMNO atau BN jika mengadakan program di kawasan parlimen yang diwakilinya.

Orang tanya kenapa Pipit ribut pasal DARD tubuhkan Skuad 169? Apakah DARD telah melakukan sebarang kesalahan? Ooooo tidak ada salahnya. DARD boleh tubuh apa saja untuk bantu rakyat di kawasan yang diwakilinya.  Tentu sekali ada baiknya DARD libat golongan remaja dan golongan muda menjalankan kerja-kerja masyarakat. Pikul beras. Pikul sardin. Jumpa rakyat. ambil gambar rumah rakyat miskin dll.

Soalan pipit tiadakah  muslihat politik DARD menubuhkan Skuad 169? Apakah tidak ada jentera parti UMNO? Kenapa tidak gunakan jentera Pemuda, Wanita dan Puteri atau Putera UMNO? Bukankah DARD bertanding sebagai calon BN yang mewakili UMNO pada PRU yang lepas?

Sebagai wakil rakyat BN yang didokong UMNO, ternyata  tindak-tanduk DARD di Kota Belud sepertinya beliau tidak berniat mempromosi parti UMNO dan BN tetapi promosi dirinya. Maksud tindakannya sekarang, UMNO tidak penting, DARD yang penting!  Nah! bukankah ini tindakan seperti seorang wakil rakyat Bebas?

Mungkinkah tujuan DARD menubuhkan Skuad 169, yang bunyi seperti skuad kominis dizaman bintang tiga,  untuk menyampaikan isyarat bahawa dia boleh bertindak sendirian tanpa perlu sokongan UMNO dan BN. Datuk Rahman yang bisa memberi jawapan.

DARD bukan ahli UMNO Kota Belud walaupun dia bertanding sebagai calon MP untuk kawasan parlimen Kota Belud. Fakta ini semua orang tahu. Seorang bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian Tuaran, DARD ingin menaiki hiraki parti. Pada pemilihan lalu bertanding kerusi timbalan ketua UMNO tetapi tewas kepada Aliasgar Hj Basri dengan alasan kekalahan itu berpunca daripada sikap tidak gentleman Ketua Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Hj Noor yang  memihak kepada lawannya.

Tidak heranlah Hajiji tidak sokong DARD kerana dia lebih suka promosi diri daripada promosi parti. Ya mungkin itulah niat Rahman di Kota Belud seperti juga apa yang telah dilakukan di Tuaran. Melakukan aktiviti politik dengan memperlekehkan peranan Ketua UMNO Tuaran. Semua program konon restu KL kerana pada masa itu DARD menjawat Penolong Setiusaha Pemuda UMNO Malaysia. Orang kuat KJ. Orang rapat dengan Hishamuddin. Setakat Datuk Hajiji dia tak pandang. 

Sebagai bekas Ketua SETPOL kepada Ketua Menteri Sabah, DARD juga punya hubungan intim dengan Datuk Musa Aman. Baru minggu lepas, Musa lantik lagi DARD sebagai Setiusaha BN Sabah. Ya, tambah besar kepala DARD. Ya  kerana kontek yang baik ini, siapa pemimpin UMNO yang lebih besar dari DARD diTuaran atau Kota Belud?

Gambaran jelas yang mahu disampaikan DARD kepada rakyat Kota Belud,  Skuad 169 yang ditubuhkannya hanya boleh menjalankan tugas jika DARD di kekalkan sebagai calon MP Kota Belud. Parti UMNO/BN tidak penting tetapi DARD dan skuadnya yang penting.

Waduh..bisa jadi gawat parti UMNO pak! 

  






Monday, March 15, 2010

UMNO SABAH TERLALU YAKIN DAN PEMIMPINNYA SEMAKIN ANGKUH!!





Datuk Yahaya Husin - Timbalan Ketua Menteri Sabah yang paling KEDEKUT dan pemimpin UMNO Sabah yang paling sombong dan angkuh!









Bila TPM Tan Sri Mahyuddin Yasin datang melawat Sabah minggu lepas, penuh airport orang-orang politik sambut pemimpin tertinggi negara itu. Begitulah lumrahnya. Semua mau tunjuk muka. Konon tunjuk sokongan dan Sabah masih "fixed deposit". Pasti pemimpin, balaci dan ulat-ulat UMNO yang memenuhi ruang VIP. Orang biasa kalaupun ada hanya melihat dari jauh. Ada rakyat biasa yang jadi penumpang Air Asia maki seranah dan  menyumpah UMNO dan pemimpin negara kerana mis flight akibat kesesakan jalan raya.

Orang tanya kenapa Pipit tidak sambut TPM baru-baru ini? Pipit jawab, Pipit bukannya melobi projek atau melobi calon, buat apa nak sambut TPM? Takkan TPM tiada driver dan tidak tahu jalan dari airport ke hotelnya? Sebenarnya Pipit meluat bagai nak muntah tenguk perangai pemimpin UMNO Sabah yang masing-masing menunjuk lagak. Tayang kereta baru, cerita dapat projek, dapat jawatan baru dan sebagainya.

Asyik-asyik orang sama dilantik ke jawatan-jawatan politik. Ada yang sampai 2 atau 3 jawatan. Orang lain tidak boleh buat kerja kah? Kalau setakat kerja Setiusaha BN, mestikah Setiusaha Politik Ketua Menteri sahaja yang boleh buat kerja? KM tidak percaya dengan orang lain? Kenapa terlalu sempit otak Ketua Menteri Sabah yang merangkap Pengerusi BN Sabah ini?

Tentang projek,  dari yang paling besar hingga sekecil-kecil buat parit pun orang-orang sama sahaja yang dapat direct nego. Apa lagi kalau orang itu ada jawatan YB atau Ketua UMNO! Orang-orang yang sama iaitu orang yang pandai cium tangan Ketua Menteri Sabah saja yang ada masalah duit? Masalah anak-anak dan masalah rumah tangga?. Rakyat biasa yang tiada jawatan dalam UMNO janganlah harap merasa tempias projek yang berbilion di umum PM atau TPM.  Tetapi kalau election semua turun konon jumpa rakyat!!

Pipit tidak faham dengan perangai pemimpin UMNO yang semakin angkuh! Jika ada program bersama menteri atau pemimpin Pusat, yang dipanggil dan dijemput hanya pemimpin UMNO. Kalau ada rakyat biasa mereka duduk nun jauh dibawah pokok wani dan pokok mangga. Kerusi VIP semua untuk pemimpin UMNO dan komponen BN. Kerusi plastik semua dipenuhi AJK UMNO. Rakyat duduk di tunggul kayu dan bersila atas surat khabar. Kalau ada jamuan makan, rakyat makan dalam tapau plastik dan minuman kotak teh bunga! VIP makan ikan sweet and sour diatas pinggan emas pyrex!

Kata UMNO berubah! Berubah tahi minyak kepala hotak mereka! Semua mereka mahu samun dan mahu telan harta rakyat! Rakyat semakin miskin merempat! Slogan BERUBAH ATAU REBAH hanya kata-kata dibibir saja. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seharusnya datang ke Sabah lain kali cuba minta jangan pemimpin UMNO yang kendalikan. Minta NGO atau orang-orang luar dari UMNO. Jangan asyik-asyik UMNO sahaja. Rakyat dah muak tenguk perangai dan lagak sombong dan angkuh mereka!



Monday, March 8, 2010

ISU DATUK RAHMAN DAN JANJI POLITIK SSK!







Tiga sahabat USBO yang mewarnai politik nasional. Ketiga-tiga mereka pernah satu ketika memberi "endorsement"  kepada DARD. Apakah DARD hargai sumbangan mereka? Atau DARD sanggup membunuh karier politik mereka seperti dilakukan ketika bersekongkol dengan  KJ dalam PRU12?




Pipit ucap tahniah tidak terhingga kepada dua pemimpin Kota Belud. Pertama Ketua UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh bin Tun Mohd Said Keruak kerana dilantik sebagai Pengerusi BN Kota Belud yang baru dan Datuk Abdul Rahman bin Datuk Mohd Dahlan kerana dilantik sebagai Setiausaha BN Negeri Sabah yang baru.

Perlantikan dianggap sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa selepas Mei ini. Walaupun tempuh dan penggal kerajaan BN sehingga March 2013, ramai meramalkan PRU13 akan diadakan sebaik sahaja krisis MCA selesai dan pemimpin baru terpilih selepas AGM parti itu pada Mac 28 ini. Snap election  mungkin dalam tempuh Mei hingga April 2011.

Di Kota Belud orang ramai sudah mencongak calon-calon BN. MP kononnya BN akan  kekalkan DARD, Tempasuk Ketua Pemuda UMNO, Barur Sawi, Usukan DSSK dan Kadamaian seorang calon muda PBS menggantikan Herbert Timbun. Dua wakil rakyat yang gugur ialah Datuk Musbah dan Datuk Japlin!

Datuk Musbah alasan peribadi kerana siasatan SPRM manakala Japlin atas alasan dia  bukan ahli parti UMNO kerana JK DISPLIN telah menjatuhkan hukuman menggantung keahliannya selama 3 tahun. Sekiranya hukuman keatas Japlin di tarik balik dia masih layak untuk diberi peluang mempertahankan kerusi Usukan.

Ada beberapa isu di Kota Belud perlu dihadapi DARD dan SSK.

DARD pernah berjanji di Kg Tamau sewaktu kempen pilihan raya, tidak akan beri apa-apa projek kepada orang Tuaran! orang KB tanya apakah janji itu benar-benar dipenuhi? Ada isu orang kampung,  Pipit dengar kononnya abang dan adik-beradiknya nya Tajudin dan Haji Zain yang bolot semua projek parlimen KB? Betulkah? Pipit tidak minat isu ini dibesar-besarkan, mohon DARD jelaskan.

SSK bukan wakil rakyat tetapi tidak pulak dia berhenti berkhidmat kepada rakyat selepas digugurkan dua tahun lalu. Tapi bagaimana dengan janji Salleh baru? Apakah benar ada perubahan dalam pendekatan politik SSK?Ada yang  persoalkan kenapa orang-orang tertentu sahaja di bantu seperti Barur Sawi, Musli Oli, Jemil Sidah, Zainal Abidin. Bagaimana dengan orang lain termasuk ketua-ketua cawangan yang pernah sokong SSK sewaktu menentang Datuk Musbah merebut jawatan Ketua UMNO?

Orang-orang baru politik tanya kepada SSK, orang muda tidak diberi peluangkah jika SSK jadi YB dan jawatan menteri?

Friday, March 5, 2010

MUSBAH MULA MENGHITUNG HARI!!!

"Wooi...Ingatkah dulu masa UMNO baru masuk Sabah, Musbah supply kami dengan harga RM3000 hingga RM4000 satu ekor kepada JPPS untuk rakyat Kota Belud. Itulah Musbah kaya raya.. embeeek" kata Sang kambing.


Bila kemarau teruk di Kota Belud tidak pulak Datuk Musbah heboh seperti ketika banjir. Kenapa tiada gambar-gambar sawah yang kering kontang dalam blog YB Tempasuk itu? Kemarau bukan malapetaka kah? Mintalah peruntukan tambahan!!  Jelapang Padi? Sudah  jadi gurun sahara. Paip dibuka tetapi tiada air. Sungai sudah kering.

Apa Musbah buat? Datuk Musbah arah orang-orangnya salahkan Datuk Saleh dan Tan Sri Pandikar kerana musibah yang menimpa rakyat Kota Belud. Musbah lupa kah dia sekarang sudah jadi  YB dan pembantu menteri pertanian. Musbah lupakah dia sudah jadi YB dua penggal?

Hari ini KM Sabah umum perlantikan SSK sebagai Pengerusi BN Kota Belud kerana Musbah tiada ciri-ciri kepimpinan dan diketawakan pemimpin komponen BN kalau dia mempengerusi mesyuarat. Aduhai Musbah, bagus dari hari ini, mulailah menghitung hari kerana tidak lama lagi jawatan YB akan hilang!

jelapang padi yang kering kontang. Sedih kerbau dan bangau akibat kemarau

Thursday, March 4, 2010

AGROPOLITAN IDEA MUSBAH? SATU PEMBOHONGAN RAKSASA!

 
OTAK BEKU. MANA NAK CARI IDEA?
Agropolitan? Jelapang Padi?..idea Musbah. Konon. Adui dogok. Tak payah cakap. Satu Malaysia tahu itu BUKAN idea Musbah. Itu idea orang SEDIA dan IDS. Agropolitan campur-campur dengan KPLB. Tapi kena tabik Musbah sebab dia mudah, sensitif, peka, pantas dll, terhidu mana-mana projek yang ada duit!!. 

Pantang dia kalau tidak duduk di hadapan jadi PENGERUSI MESYUARAT. Mau nampak program dia punya idea. Bertangkup langit dan bumi barulah ada idea Musbah. Idea Musbah ada projek berduit! kejar mana projek ada duit kejar. Kongsi-kongsi lain cerita!. Lihatlah projek taliair kawang-kawang-kaguraan ada duit hampir 72 Juta. Saban waktu Musbah lawat, ambil gambar, siar diblog! Lepas itu umum idea Musbah. Begitu mudahkah dapat idea? Alap lagi mangan ding korok tinunu!

Pipit nak hinggap dulu. Otak pipit bercelaru memikirkan kerja kejar projek ada duit pilihan Bekas Ketua UMNO KB. Idea orang lain lantak jadi idea dia.. Jual kainpun idea Pakistan!

Wednesday, March 3, 2010

DATUK MUSBAH PUN LAWAT CHINA?

Datuk Sari Nuar Tan ada kilang kain di China. Datuk Musbah, bila lagi buka kilang? Kalau harap kepada "jelapang padi" saja mati kebulur rakyat Tempasuk. Sekali banjir semua habis.

Pipit lama tidak update blog. Maklumlah letih dari melancong ke China. Di hari kedua di China, secara kebetulan Pipit bertemu dengan orang-orang UMNO. Semua AJK kecuali Andy dan beberapa ahli persatuan golf Kota Belud di Shenzen. Selepas itu kami juga bertemu sewaktu lawatan kilang kain milik keluarga Datuk Sari Nuar Tan. Besarnya kilang seperti satu bandaraya.

Beruntung pemimpin UMNO Kota Belud dapat melawat sambil belajar bersama Datuk Salleh Said. Masa Datuk Musbah Ketua UMNO bahagian Kota Belud dulu, dia selalu cerita dengan Pipit dan kawan-kawan mengenai lawatannya ke China, Dubai, New Zealand dan lain-lain negara. Kami begitu asyik dengar cerita sampai ada yang meleleh air liur, seronok rupanya negeri orang kalau mengikut Hikayat Musbah.

"Kalau Musbah ketua UMNO, kami AJK paling-paling setakat pusing-pusing restoran perdana saja. Paling jauh pun Kota Marudu" kata Awang Samad yang ada bersama rombongan UMNO. Wajah Awang Samad nampak agak ceria dan putih sedikit mukanya walaupun baru dua hari di China. Kalau Awang Samad tinggal sebulan di China mungkin mukanya tambah cerah. Andy yang dengar cerita Awang Samad ketawa terbahak-bahak. "palui teh awang tu" gelak Andy.

Sebenarnya, Datuk Musbah memang banyak membuat lawatan tapi dia melawat seorang diri saja. Mungkin dengan towkey atau business partner. Kalau ada projek baru di Kota Belud, Musbah mesti ada share, terutama kalau projek dari Ketua Menteri. Apa lagi kalau projek itu Musbah yang cadangkan. Lepas itu adalah lawatan Musbah ke luar negara.

Dulu Pipit selalu dengar Datuk Musbah komplen sewaktu dia Ketua UMNO. "Habis gaji dan wang saya belanja UMNO, saya bukan anak orang kaya macam Datuk Saleh. Saya bukan keturunan orang kaya. Tapi saya habiskan harta saya untuk UMNO!!!" Banyakkah harta Musbah sebelum ada UMNO? Musbah tidak sedar kalau bukan jawatannya sebagai Ketua UMNO, dia tidak akan jadi YB. Kalau bukan jawatan UMNO, dia mungkin tidak dapat jawatan Pembantu Menteri. Malah kalau UMNO tidak mengembang sayapnya ke Sabah, Datuk Musbah mungkin masih tawkey jual papan pada hari ini.

Tuesday, February 23, 2010

MUSBAH JUARA RAKYAT KOTA BELUD!


Musbah Juara Rakyat!!

Semasa Datuk Hj Musbah jadi pengerusi Supanesa, dia dapat 10,000 unit quota membina rumah daripada SPNB. Dialah berkuasa. lebih berkuasa dari Datuk Hajiji. Dia yang mengenal pasti tapak, tanah yang sesuai, kontraktor dan sebagainya. Musbah guna dua broker Cina penipu dari Sarawak, Jason dan Justine, kedua-duanya kawan Musbah dan selalu jumpa di pusat judi  jackpot kerana dua orang broker ini kaki judi jackpot. Tugas Justin dan Jason ialah mencari kontraktor untuk memberi wang kepada Musbah!

"...Ai Yoo...jangan cakap Musbah loo...semua isi dia makan o..kita mati-mati kerja bikin semua kontrak, Musbah ambil semua untung..kalau ada tinggal tulang kita makan  sudah bagus o...hai yo" Begitu ayat seorang kontraktor dari Ranau yang buat projek SPNB yang Musbah kasi lulus.

Kayanya Hj Musbah. Duitnya melimpah seperti banjir di kawasan Kingfisher itu. Rumahnya sebanyak 3 buah bersambung seperti rumah Raja Siam. Kereta bersusun kalah-kalah Sultan Perak. Tetapi heran juga kan. Semua daerah ada projek perumahan SPNB diluluskan Musbah. Tapi sebiji rumahpun dia tidak bawa ke Kota Belud! Orang pernah tanya dengan Serin Sudah, kawan rapat Musbah. Berapa unit ADUN Tempasuk itu bawa projek SPNB ke Kota Belud? Berapa unit rumah di buat di kawasan Tempasuk?

Tanyalah dia sendiri jawap Serin.  Sekarang Serin  ikut Datuk Japlin dan SSK. Kata Serin, kalau berniaga dan ikut Musbah, paling-paling dapat makan free, hotel free, Urut free dan paling banyak dapat mengantuk!!!Ikut Musbah mesti tidak tidur. Dia akan cerita kekayaan dia dengan orang sampai pagi. Cerita modal 1500 mesti tidak tinggal.

Harap-harap dapat tempias kekayaannya atau peluang dapat untung? jauh-jauh. Palis-palis tolak 44 malaikat.Musbah tidak akan kasi peluang sama sekali. Inilah Musbah yang disanjung ramai di kawasan Tempasuk.  

Pipit kawan juga dengan Musbah ini tetapi pipit sedar sekarang. Pipit menjauhkan diri kerana pipit rasa bagus lagi sokong orang luar seperti Rahman Dahlan, ada juga orang KL kenal. Musbah siapa kenal walaupun dia pernah jadi Ketua UMNO Bahagian KB?

Kalau Musbah datang KL, kerjanya  kejar-kejar dimana  Musa Aman. Kalau ada Musa Aman duduk satu meja dengan dia. Musbah akan buat bodoh dan pura-pura tidak kenal orang. sombongnya kalah-kalah dia pulak seperti KM Sabah!

Pipit sedih kalau Musbah dianggap pejuang rakyat. Kalau pejuang kenapa program JUARA RAKYAT parti UMNO dia boikot? Lepas itu cucuk orang-orangnya jangan hadir. Nasib juga Baghdad tidak dengar cakap dan hadir program UMNO.

Musbah O Musbah...jangan sampai jadi MUSNAH!!!


Wednesday, February 17, 2010

SENARAI YB UMNO SABAH YANG GUGUR PADA PRU13


Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahaya Husin - Pengganti TYT?

Jentera BN Sabah sudah bersedia menghadapi PRU 13 dengan perlantikan pemimpin baru yang masih muda dan bersemangat seperti  MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai Setiusaha Perhubungan BN Negeri Sabah yang baru menggantikan YB Datuk Barim Bujang.

Bekas ADUN Bugaya, Datuk Basalie yang tidak habis-habis mengkritik Datuk Seri Mohd Najib juga digugurkan sebagai Setiusaha Kerja BN. Tempatnya di ambil alih Haji Nizam Abu Bakar Titingan.

Sumber juga melaporkan beberapa nama YB yang telah menjadi ADUN selama 4 penggal atau lebih lebih telah disenaraikan untuk digugurkan daripada senarai calon BN. Tugas tersebut sekarang dipertanggungjawabkan kepada Rahman Dahlan.

Alasan utama mengugurkan YB yang telah melebihi 4 penggal kerana pemimpin-pemimpin ini sudah kurang berminat melayan rakyat setelah begitu lama berada pada kedudukan sekarang. Mereka dianggap telah sampai kepada klimeks kuasa dan tiada lagi yang ingin mereka perjuangkan. Oleh itu pemimpin baru yang lebih muda dan bersedia berkhidmat perlu ditampilkan jika BN mahu menarik semula sokongan rakyat terutama golongan pengundi remaja.


ADUN Kunak - Datuk Nilwan Kabang

Dalam masa yang sama pemimpin yang sedang dalam siasatan SPRM seperti ADUN Tempasuk dan ADUN Usukan adalah dua nama yang telah dikenal pasti akan digugurkan sebagai calon UMNO/BN.

Berikut senarai ADUN yang dijangka akan di kemukakan kepada BN Pusat untuk digugurkan: Senarai ADUN Umno sahaja kerana ADUN komponen BN akan dibincang dengan kepimpinan parti berkenaan sebelum nama di kemukakan kepada BN Pusat:-

1.  Sulaman - Datuk Hajiji Hj Nor (5 penggal sejak 1990)
2.  Pantai Manis - Datuk Rahim Ismail (5 penggal sejak 1990)
3.  Membakut - D Karim Bujang (6 penggal sejak 1985)
4.  Tempasuk - Datuk Musbah Jamli (siasatan SPRM)
5.  Usukan - Datuk Japlin Akim (gugur hak keahlian UMNO)
6.  Balung - Datuk Syed Abas Ali ( memberi laluan kepada pemimpin baru)
7.  Karambunai - Datuk Zainab Ahmad (memberi laluan)
8.  Petagas - Datuk Yahaya Husin (dilantik TYT yang baru)
9.  Kunak - Datuk Nilwan Kabang (memberi laluan)
10.Sugut - Datuk Surady Kayong (5 penggal sejak 1990) 


Bung dan Zizie

Disamping itu, antara  MP yang dijangka gugur termasuk Datuk Ghafur Saleh, Datuk Bung Mokhtar, Datuk Jusli Ajiorol dan Datuk Salleh Kalbi.

Thursday, February 11, 2010

Jangan Jadi Talam Dua Muka.

 
 Umo No. Sekikit nu ko inaan tu!

Kata "dulu kami sokong UMNO sekarang ini UMO NO". Buatlah pendirian. Dengar-dengar bisik-bisik orang PR pun bersengketa dengan UMO NO ini. DASAR!. Ngerarak jono. Siapa lagi yang tidak bersengeta dengan UMO NO ini? Amun nia nu roun ko pakai UMO NO, bah sian lagi kopakai ni? Temban bansag jono! Jangan jadi talam dua muka. Buat pendirian. Taubat daa nia taubat!

Wednesday, February 10, 2010

Patahnya Sayap Si Malang

 
Ujian yang indah buat insan.

Pasrahlah kepada Illahi. Sujudlah dan menyembahlah kepadaNya terutama kerana kebersalahan dan keceluparan penulisanmu menghina bangsa, individu dan keturunan orang lain. Sujudlah, mudah-mudahan kedegilanmu dan keegoanmu mengajarmu, kerana selama ini menafikan teguran dan nasihat orang lain, malah tidak pernah kau hiraukan. Sujudlah dengan pasrah. Semoga sikap merasakan diri benar belaka akan keluar dari ubun-ubunmu. Sesungguhnya sujudmu akan memberikan mu keinsafan bila bisikan sayup-sayup menyelinap ditelingamu membisikkan  bahawa dosamu  masih belum diampunkan sebelum kamu memohon kemaafan dari mereka atas kebersalahan dan khilaf kamu.

Berjuanglah, berjuanglah. Namun "its unwise to fight a losing battle" jika kamu mempercayai naluri kamu sendiri seperti mereka yang benar-benar merasakan nilai keinsanan dan apakala kamu terlalu menggigil dikejar waktu dik patahnya sayap si Malang.

Tuesday, February 9, 2010

KAUM IMIGRAN AGIH-AGIHKAN HARTA DAN HAK RAKYAT SABAH..

YB Datuk Sukarti Wakiman SETIUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH

Baru-baru ini anak saya mengisi borang memohon kerja dalam perkhidmatan awam negeri Sabah. Anak saya lulusan UIA dan lama sudah menganggur kira-kira 2 tahun begitu. Bulan lepas adalah panggilan temu duga. Kali ke berapa temuduga sudah penat saya membilang. Tidak pernah berjaya.Sebelum temu duga saya jumpa beberapa kawan dalam perkhidmatan awam negeri.

"Minta maaflah. Kalau anak Bajau susah sikit dipertimbangkan. Tambah lagi Bajau Kota Belud" jawab kawan saya itu. Terkejut betul ayat begitu keluar dari seorang pegawai kanan yang juga seorang kenalan berbangsa Bajau dari Kota Belud.

"Kenapa begitu?" saya berkeras ingin tahu. "Fahamlah Bro, SKN kita ini bangsa Jawa. Jadi dia tidak suka bangsa Bajau dalam perkhidmatan awam negeri. Pegawai-pegawai Kanan Bajau yang sekarang dalam perkhidmatan awam pun semua masuk "freezer". Ada pegawai bangsa Bajau di JKM dia asyik cari kesalahannya sahaja.

"Tapi bukankah dia pernah jadi SUS Tun Said Keruak dan rapat dengan Datuk Salleh Said?" soal saya terkejut dengan penjelasan sahabat itu. Itu dulu. Sekarang lain.

Macamana ini? Apakah suku Jawa dan Bugis termasuk dalam senarai ANAK NEGERI? Apa maknanya kerajaan British dulu buat Ordinan Anak Negeri untuk melindungi hak anak negeri???? saya bingung dengan masa depan rakyat bumiputra dan anak negeri di Sabah.

Jabatan Tanah. Pengarah berbangsa Bugis. Jabatan Hutan. Pengarah berbangsa Sikh dan Benggali. Ya Rabbi Ya Allah selamatkan negeri dan anak negeri Sabah!.

Wednesday, February 3, 2010

KENAPA MUSLI MEMBISU?

MUSLI MAU LAWAN RAHMAN DAHLAN?...HAHAHAHA
MUSLI MAU GERTAK DAN PUKUL AZRONE?....HEHEHEHEHEEE

Seorang kawan antar sms "Musli ugut dan gertak mau tampar Azrone". Mau 5 minit saya ketawa!  Bior bebenor dan betul. Musli mau gertak orang? Masuk akaikah? Musli mahu tampar? gilakah?

Timbul pulak rasa kasihan saya dengan YDP Perkasa Sabah yg diserang dari kiri kanan dan depan belakang oleh si Azrone dan si Lamak diki. Saya pun tunggu jawapan Musli. Kenapa dia membisu? takutkah? Atau MO tidak mahu panjang-panjang, maklumlah beliau sekarang sudah bertaraf pemimpin. Jadi pemimpin Perkasa negeri. Mana kan pemimpin Perkasa mau gaduh dengan blogger?

Tapi Azrone dendam Musli lebih hebat dari dendam SSK. Kenapa ya? Yang  memberi amaran kepada Azrone kerana membabitkan nama keluarga ialah PIPIT. Azrone tahu siapa saya! siapalah Musli mau beri amaran dan ugutan. Rojo Pitaau Musli tu.

Musli pernahkah pukul orang atau gertak orang? tidak tahulah pula kalau pernah berlaku di tempat lain. Tapi kalau di Kota belud tiada nama Musli ini pukul atau gertak orang. Janganlah risau Azrone dan orang kampung Labuan dan Wakap, Musli ini paling penakut punya manusia.

Saya kesian pulak pada dinakan ku Musli, dia seorang yang mau pertahan bossnya. Yang lain semua mau selamat. Akibat mau jaga nama SSK, dia pula jadi sasaran Azrone yg bangang dan bahlol ini! Nasib baik saya belum berjumpa dengan Azrone.

BAHALOL PUNYA AZRONE!!!


Lepas kutuk SSK, Musli Oli. dan Blogger Idahan sekarang Pipit pula dijadikan lawan...OOi Azrone anak sampar...kau siapa bah di Kota Belud?

Bagus juga lah saya jadi Musli Oli..hahaha. Penulis hebat tu konon!MO ingin merbut jawatan bos saya DARD tetapi dengan sijil palsu. Dia bukan lulus dari Universiti Malaya. Tanyalah kawan-kawan dia. hahaha. Tapi Azrone MO  sekurang-kurangnya ada integriti Azrone, dia tidak macam anak sampar macam kau!

Pipit dari minggu lepas geram kau hina "Keruak". Kau tidak tahu pipit dan keruak bersaudara? Palui kau ini! Keluarga saya dari keturunan Embo Lodo dan bersaudara dengan Keruak. Ingat kau Azrone sampar, kau hina nama "keruak" sebagai perosak padi!

"Ada masa mulut kau ditampar di KB oleh keluarga saya."

Kamu tahukah apa Azrone buat sekarang?

Sekarang dia pasang orang runding dengan SSK minta pampasan dan mau runding sendiri minta ganti tanah keluarga SSK yang ada di kampung Rinig dan taun gusi. Bengen  maruah kah jomo begitu?   

Masa akan jadi saksi kalau kau terus menghina Keruak dan keluarga SSK.

Thursday, January 28, 2010

TUAH BANJIR KEPADA YB TEMPASUK


YB Datuk Hj Musbah, ADUN Tempasuk dan hero banjir  Kota Belud. Imejnya terpampang di blognya sendiri setiap hari. Tahniah!

"Datuk, bangun Datuk,  banjir dahsyat!. Hujan lebat  dan banjir besar berlaku!!!"  Suara itu mengejutkan Datuk Musbah.

"Haaa...banjir lagi. Cepat ambil kamera aku. Bawa bateri spare. Bawa dua kameralah. Mana driver? Start kereta Ninja King.  Cepatlah! Kenapa kau berdiri macam orang bodoh ni?!  Kita jalan sekarang sebelum banjir turun" Secepat kilat  Datuk tu melompat dari atas katil.

"Bawa sarung surat dan duit tunai. Cepatlah! Jangan bagitahu lain-lain pemimpin. Biar aku yang sampai dulu ke Kota Belud"

Datuk buru-buru mau ke mana sih?" Tiba-tiba pembantu rumah yang terkejut tadi  bertanya.

"Datin ya hanya minta saya beritahu Datuk ada banjir besar, banjir teruk. Ramai orang kena musibah. Kenapa Datuk terus melompat"

"Ini masalah rakyat. Saya mesti melawat. Banjir masalah besar. Ini tanggungjawab saya kepada rakyat. Saya wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Kau pembantu rumah saja" Tegas suara Datuk marah kepada pembantu rumahnya.

"Tapi Datuk" kata pembantu rumah itu.

"Jangan tapi-tapi lagi. Buduh! Cepat siapkan barang-barang yang  aku perlu. Mana Datin?"

"Datuk mahu ke Kelantan?"

"Bodoh. Buat apa saya pergi Kelantan?. Saya mahu ke Tempasuk. Kota Belud. Banjir besar." Tengking Datuk.

"Banjir Kota Belud itu yang minggu lepas Datuk".

Hah!!! Jadi banjir itu di mana?" Tiba-tiba Datuk bertanya

"TeleVision  kata banjir di Kelantan  bukan di Kota Belud......."

".......Buduh!Buduh! Buduh!
melepas aku...." Marah nampaknya Datuk ini bila tiada banjir.

Wednesday, January 27, 2010

salam perkenalan KERANA SEPOHON NANGKA



Saya telah ikuti perkembangan blog dan bloggers dari Kota Belud dengan penuh menarik. Kawan saya kata paling banyak orang buka akaun facebook dan jadi blogger adalah orang Kota Belud. Orang muda-muda. Yang bukan muda masih politik kedai kopi. Jadi orang kata kadar celik IT di kalangan orang Kota Belud paling tinggi di negeri Sabah. bangga kita? tentu sekali bangga.

Satu ketika dulu tiba-tiba saya teringat peristiwa sepohon nangka. Masa itu saya masih kanak-kanak. Terdapat sepohon nangka di hadapan rumah milik keluarga cikgu Bakrin Yusuf sekarang. Dulu rumah itu milik arwah Hj Yusof Samit, ayah Bakrin. Pohon nangka itu tidaklah ranum seperti pokok cempedak. Pokoknya sudah tua. Setahun berbuah sebiji hingga 3 biji. Tapi buahnya besar.

Pohon nangka itu kononnya "pesaka" nenek moyang dan tidak boleh dijual atau ditebang. Pesanan yang empunya tanaman. Nangka jenis "binulang" atau jenis ulas berwarna kuning merah yang manis. Jarang ada di Kota Belud pada masa itu.

Akibat sepohon nangka tersebut. Akibat kejahilan seorang manusia Bajau yang memiliki pohon nangka ini, kampung saya tidak mendapat bekalan elektrik selama 3 tahun. Bayangkan 3 tahun kerana sepohon nangka!

Ada beberapa pokok termasuk pokok kelapa, wani(kuini), pokok telupid, bambangan telah ditanda X dan kerajaan membayar antara Rm50 dan Rm 200 pampasan pada ketika itu. Pokok itu ditebang untuk memasang kabel elektrik ke Kampung Menunggui dan termasuk kampung sekitar akan mendapat bekalan elektrik.

Setelah menunggu 3 tahun, pemilik pohon nangka pun meninggal dunia. Kerajaan yang bersabar begitu lama dapatlah memasang kabel elektik ke kampung-kampung berkenaan termasuk lah di kampung saya.

salam pertemuan.