Monday, March 22, 2010

MUSLI OLI KETUA BIRO POLITIK BN - APA AGENDA SSK?


SEJAK DILANTIK  AJK BARISAN NASIONAL,  MUSLI SUDAH HISAP CIGAR !

Semalaman Pipit di Kota Belud. Ahad ramai kenduri kawin kaum kerabat di kampung halaman Pipit. Disamping menjamah juadah yang beranika jenis, mata saya liar memerhati keliling dengan harapan dapat bertemu YDP Perkasa Sabah, Musli Oli yang kabarnya telah dilantik sebagai AJK Barisan Nasional Kota Belud.

Tujuan Pipit minta komen dan pengesahan perlantikan itu dari mulut beliau sendiri. Tetapi saya tidak bertemu dengan MO sepanjang hari hingga ke malam. Mungkin MO sakit  kerana kabar dari kawan-kawan Musli diserang sakit jantung minggu lepas dan diselamatkan Dr Saijan. Dia post dalam facebook.

Saya ucap tahniahlah kepada Musli Oli. Selain tanggungjawab sebagai YDP Perkasa, dia telah diberi tugas lebih mencabar. Tapi kawan-kawan yang bercerita, ramai tidak setuju Musli dilantik sebagai AJK BN. Mereka kata Musli adalah aktivis politik yang pandai "sawan" dan akan serang BN bila-bila masa jika ada isu yang dia tidak setuju.

"SSK lantik loose cannon, yang akan tembak semua arah termasuk ke arah pemimpin UMNO dan BN sendiri. Lepas itu buat kenyataan mau tanding parlimen Kota Belud" Kata salah seorang dari kawan yang nampak marah sangat dengan perlantik MO. Katanya lagi Musli adalah penulis buku dan kadang-kadang tulis yang kena batang hidung BN. Sudah tentu kesetiaannya tidak sepenuhnya kepada BN.

Namun seorang telah memberi pendapat yang menarik. Menurutnya perlantikan MO adalah budi bicara Pengerusi BN Kota Belud, Datuk Seri Salleh Keruak.  SSK pasti ada muslihat kenapa pilih MO.

Tetapi yang pasti ramai cakap Musli sudah cakap besar dan tembirang sejak dilantik sebagai AJK BN. Pipit tidak sabar mendengar sendiri cerita dari mulut MO sendiri.

Saturday, March 20, 2010

SAYA TAK CUKUP HANDSOME UNTUK ZIZIE - Siapa bohong? Zahrain, Bung atau Rahman Dahlan?



Datuk Bung Mukhtar Radin, MP Kinabatangan yang namanya  didedahkan Datuk Zahrain sebagai salah seorang dari lapan orang  MP dari BN yang akan melompat menyertai PKR menafi sekeras-kerasnya beliau pernah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya Bung menuduh Zahrain sebagai pembohong besar!

Teringat Pipit kepada  kenyataan Bung "Saya mana  cukup hensem untuk menjadi suami zizie".

Seingat Pipit ada seorang MP yang berapi-api berucap dan membuat dakwaan dalam Dewan Rakyat kononnya  mendapat tawaran wang yang banyak (boleh hidup mewah sampai tujuh keturunan) untuk sertai Pakatan Pembangkang. Orang itu ialah MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Jangan pula Rahman marah kerana  namanya tidak termasuk dalam lapan MP yang  didedahkan Datuk Zahrain Hashim. Maklumat yang didedahkan Zahrain adalah maklumat yang diperolehi daripada Anwar Ibrahim.

MP yang cadang melompat semua dapat ganjaran besar. Anifah Aman menteri penuh selepas berucap sanggup pindah rumah teres. Dr Puad jadi Timbalan Menteri. Ronald Kiandee Timbalan speaker. Ku Li nak jadi PM kerajaan Perpaduan. Tapi Bung dapat  hadiah paling best asal jangan lompat, ZIZIE!

Rakyat dan  Pipit makin pening  fikir perangai MP kita ni.


Thursday, March 18, 2010

MP KOTA BELUD DAN SKUAD 169- DAH JADI MP BEBAS?


SKUAD 169 PARLIMEN KOTA BELUD

JANGAN TERKEJUT JIKA MP KOTA BELUD  MENDAKWA SKUAD 169 TELAH DAPAT RESTU PRESIDEN UMNO. MACAM-MACAM ADA.....



Dalam riuh rendah rakyat Kota Belud memerhati karenah, telatah dan gelagat MP Bebas dalam Dewan Rakyat melalui kaca TV, nun dekat dengan mereka,  wakil rakyat dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menjalankan tugasnya seperti  dia juga seorang MP bebas setiap kali  "turun padang".

Orang tanya kenapa  Pipit berhujah begitu? Nah soalan ini Pipit serahkan  kepada DARD yang bisa memberi jawapan yang tepat. DARD lebih arif dan bijak berpolitik. DARD lebih tahu kenapa dia tidak menggunakan parti UMNO atau BN jika mengadakan program di kawasan parlimen yang diwakilinya.

Orang tanya kenapa Pipit ribut pasal DARD tubuhkan Skuad 169? Apakah DARD telah melakukan sebarang kesalahan? Ooooo tidak ada salahnya. DARD boleh tubuh apa saja untuk bantu rakyat di kawasan yang diwakilinya.  Tentu sekali ada baiknya DARD libat golongan remaja dan golongan muda menjalankan kerja-kerja masyarakat. Pikul beras. Pikul sardin. Jumpa rakyat. ambil gambar rumah rakyat miskin dll.

Soalan pipit tiadakah  muslihat politik DARD menubuhkan Skuad 169? Apakah tidak ada jentera parti UMNO? Kenapa tidak gunakan jentera Pemuda, Wanita dan Puteri atau Putera UMNO? Bukankah DARD bertanding sebagai calon BN yang mewakili UMNO pada PRU yang lepas?

Sebagai wakil rakyat BN yang didokong UMNO, ternyata  tindak-tanduk DARD di Kota Belud sepertinya beliau tidak berniat mempromosi parti UMNO dan BN tetapi promosi dirinya. Maksud tindakannya sekarang, UMNO tidak penting, DARD yang penting!  Nah! bukankah ini tindakan seperti seorang wakil rakyat Bebas?

Mungkinkah tujuan DARD menubuhkan Skuad 169, yang bunyi seperti skuad kominis dizaman bintang tiga,  untuk menyampaikan isyarat bahawa dia boleh bertindak sendirian tanpa perlu sokongan UMNO dan BN. Datuk Rahman yang bisa memberi jawapan.

DARD bukan ahli UMNO Kota Belud walaupun dia bertanding sebagai calon MP untuk kawasan parlimen Kota Belud. Fakta ini semua orang tahu. Seorang bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian Tuaran, DARD ingin menaiki hiraki parti. Pada pemilihan lalu bertanding kerusi timbalan ketua UMNO tetapi tewas kepada Aliasgar Hj Basri dengan alasan kekalahan itu berpunca daripada sikap tidak gentleman Ketua Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Hj Noor yang  memihak kepada lawannya.

Tidak heranlah Hajiji tidak sokong DARD kerana dia lebih suka promosi diri daripada promosi parti. Ya mungkin itulah niat Rahman di Kota Belud seperti juga apa yang telah dilakukan di Tuaran. Melakukan aktiviti politik dengan memperlekehkan peranan Ketua UMNO Tuaran. Semua program konon restu KL kerana pada masa itu DARD menjawat Penolong Setiusaha Pemuda UMNO Malaysia. Orang kuat KJ. Orang rapat dengan Hishamuddin. Setakat Datuk Hajiji dia tak pandang. 

Sebagai bekas Ketua SETPOL kepada Ketua Menteri Sabah, DARD juga punya hubungan intim dengan Datuk Musa Aman. Baru minggu lepas, Musa lantik lagi DARD sebagai Setiusaha BN Sabah. Ya, tambah besar kepala DARD. Ya  kerana kontek yang baik ini, siapa pemimpin UMNO yang lebih besar dari DARD diTuaran atau Kota Belud?

Gambaran jelas yang mahu disampaikan DARD kepada rakyat Kota Belud,  Skuad 169 yang ditubuhkannya hanya boleh menjalankan tugas jika DARD di kekalkan sebagai calon MP Kota Belud. Parti UMNO/BN tidak penting tetapi DARD dan skuadnya yang penting.

Waduh..bisa jadi gawat parti UMNO pak! 

  






Monday, March 15, 2010

UMNO SABAH TERLALU YAKIN DAN PEMIMPINNYA SEMAKIN ANGKUH!!





Datuk Yahaya Husin - Timbalan Ketua Menteri Sabah yang paling KEDEKUT dan pemimpin UMNO Sabah yang paling sombong dan angkuh!









Bila TPM Tan Sri Mahyuddin Yasin datang melawat Sabah minggu lepas, penuh airport orang-orang politik sambut pemimpin tertinggi negara itu. Begitulah lumrahnya. Semua mau tunjuk muka. Konon tunjuk sokongan dan Sabah masih "fixed deposit". Pasti pemimpin, balaci dan ulat-ulat UMNO yang memenuhi ruang VIP. Orang biasa kalaupun ada hanya melihat dari jauh. Ada rakyat biasa yang jadi penumpang Air Asia maki seranah dan  menyumpah UMNO dan pemimpin negara kerana mis flight akibat kesesakan jalan raya.

Orang tanya kenapa Pipit tidak sambut TPM baru-baru ini? Pipit jawab, Pipit bukannya melobi projek atau melobi calon, buat apa nak sambut TPM? Takkan TPM tiada driver dan tidak tahu jalan dari airport ke hotelnya? Sebenarnya Pipit meluat bagai nak muntah tenguk perangai pemimpin UMNO Sabah yang masing-masing menunjuk lagak. Tayang kereta baru, cerita dapat projek, dapat jawatan baru dan sebagainya.

Asyik-asyik orang sama dilantik ke jawatan-jawatan politik. Ada yang sampai 2 atau 3 jawatan. Orang lain tidak boleh buat kerja kah? Kalau setakat kerja Setiusaha BN, mestikah Setiusaha Politik Ketua Menteri sahaja yang boleh buat kerja? KM tidak percaya dengan orang lain? Kenapa terlalu sempit otak Ketua Menteri Sabah yang merangkap Pengerusi BN Sabah ini?

Tentang projek,  dari yang paling besar hingga sekecil-kecil buat parit pun orang-orang sama sahaja yang dapat direct nego. Apa lagi kalau orang itu ada jawatan YB atau Ketua UMNO! Orang-orang yang sama iaitu orang yang pandai cium tangan Ketua Menteri Sabah saja yang ada masalah duit? Masalah anak-anak dan masalah rumah tangga?. Rakyat biasa yang tiada jawatan dalam UMNO janganlah harap merasa tempias projek yang berbilion di umum PM atau TPM.  Tetapi kalau election semua turun konon jumpa rakyat!!

Pipit tidak faham dengan perangai pemimpin UMNO yang semakin angkuh! Jika ada program bersama menteri atau pemimpin Pusat, yang dipanggil dan dijemput hanya pemimpin UMNO. Kalau ada rakyat biasa mereka duduk nun jauh dibawah pokok wani dan pokok mangga. Kerusi VIP semua untuk pemimpin UMNO dan komponen BN. Kerusi plastik semua dipenuhi AJK UMNO. Rakyat duduk di tunggul kayu dan bersila atas surat khabar. Kalau ada jamuan makan, rakyat makan dalam tapau plastik dan minuman kotak teh bunga! VIP makan ikan sweet and sour diatas pinggan emas pyrex!

Kata UMNO berubah! Berubah tahi minyak kepala hotak mereka! Semua mereka mahu samun dan mahu telan harta rakyat! Rakyat semakin miskin merempat! Slogan BERUBAH ATAU REBAH hanya kata-kata dibibir saja. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seharusnya datang ke Sabah lain kali cuba minta jangan pemimpin UMNO yang kendalikan. Minta NGO atau orang-orang luar dari UMNO. Jangan asyik-asyik UMNO sahaja. Rakyat dah muak tenguk perangai dan lagak sombong dan angkuh mereka!



Monday, March 8, 2010

ISU DATUK RAHMAN DAN JANJI POLITIK SSK!







Tiga sahabat USBO yang mewarnai politik nasional. Ketiga-tiga mereka pernah satu ketika memberi "endorsement"  kepada DARD. Apakah DARD hargai sumbangan mereka? Atau DARD sanggup membunuh karier politik mereka seperti dilakukan ketika bersekongkol dengan  KJ dalam PRU12?




Pipit ucap tahniah tidak terhingga kepada dua pemimpin Kota Belud. Pertama Ketua UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh bin Tun Mohd Said Keruak kerana dilantik sebagai Pengerusi BN Kota Belud yang baru dan Datuk Abdul Rahman bin Datuk Mohd Dahlan kerana dilantik sebagai Setiausaha BN Negeri Sabah yang baru.

Perlantikan dianggap sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa selepas Mei ini. Walaupun tempuh dan penggal kerajaan BN sehingga March 2013, ramai meramalkan PRU13 akan diadakan sebaik sahaja krisis MCA selesai dan pemimpin baru terpilih selepas AGM parti itu pada Mac 28 ini. Snap election  mungkin dalam tempuh Mei hingga April 2011.

Di Kota Belud orang ramai sudah mencongak calon-calon BN. MP kononnya BN akan  kekalkan DARD, Tempasuk Ketua Pemuda UMNO, Barur Sawi, Usukan DSSK dan Kadamaian seorang calon muda PBS menggantikan Herbert Timbun. Dua wakil rakyat yang gugur ialah Datuk Musbah dan Datuk Japlin!

Datuk Musbah alasan peribadi kerana siasatan SPRM manakala Japlin atas alasan dia  bukan ahli parti UMNO kerana JK DISPLIN telah menjatuhkan hukuman menggantung keahliannya selama 3 tahun. Sekiranya hukuman keatas Japlin di tarik balik dia masih layak untuk diberi peluang mempertahankan kerusi Usukan.

Ada beberapa isu di Kota Belud perlu dihadapi DARD dan SSK.

DARD pernah berjanji di Kg Tamau sewaktu kempen pilihan raya, tidak akan beri apa-apa projek kepada orang Tuaran! orang KB tanya apakah janji itu benar-benar dipenuhi? Ada isu orang kampung,  Pipit dengar kononnya abang dan adik-beradiknya nya Tajudin dan Haji Zain yang bolot semua projek parlimen KB? Betulkah? Pipit tidak minat isu ini dibesar-besarkan, mohon DARD jelaskan.

SSK bukan wakil rakyat tetapi tidak pulak dia berhenti berkhidmat kepada rakyat selepas digugurkan dua tahun lalu. Tapi bagaimana dengan janji Salleh baru? Apakah benar ada perubahan dalam pendekatan politik SSK?Ada yang  persoalkan kenapa orang-orang tertentu sahaja di bantu seperti Barur Sawi, Musli Oli, Jemil Sidah, Zainal Abidin. Bagaimana dengan orang lain termasuk ketua-ketua cawangan yang pernah sokong SSK sewaktu menentang Datuk Musbah merebut jawatan Ketua UMNO?

Orang-orang baru politik tanya kepada SSK, orang muda tidak diberi peluangkah jika SSK jadi YB dan jawatan menteri?

Friday, March 5, 2010

MUSBAH MULA MENGHITUNG HARI!!!

"Wooi...Ingatkah dulu masa UMNO baru masuk Sabah, Musbah supply kami dengan harga RM3000 hingga RM4000 satu ekor kepada JPPS untuk rakyat Kota Belud. Itulah Musbah kaya raya.. embeeek" kata Sang kambing.


Bila kemarau teruk di Kota Belud tidak pulak Datuk Musbah heboh seperti ketika banjir. Kenapa tiada gambar-gambar sawah yang kering kontang dalam blog YB Tempasuk itu? Kemarau bukan malapetaka kah? Mintalah peruntukan tambahan!!  Jelapang Padi? Sudah  jadi gurun sahara. Paip dibuka tetapi tiada air. Sungai sudah kering.

Apa Musbah buat? Datuk Musbah arah orang-orangnya salahkan Datuk Saleh dan Tan Sri Pandikar kerana musibah yang menimpa rakyat Kota Belud. Musbah lupa kah dia sekarang sudah jadi  YB dan pembantu menteri pertanian. Musbah lupakah dia sudah jadi YB dua penggal?

Hari ini KM Sabah umum perlantikan SSK sebagai Pengerusi BN Kota Belud kerana Musbah tiada ciri-ciri kepimpinan dan diketawakan pemimpin komponen BN kalau dia mempengerusi mesyuarat. Aduhai Musbah, bagus dari hari ini, mulailah menghitung hari kerana tidak lama lagi jawatan YB akan hilang!

jelapang padi yang kering kontang. Sedih kerbau dan bangau akibat kemarau

Thursday, March 4, 2010

AGROPOLITAN IDEA MUSBAH? SATU PEMBOHONGAN RAKSASA!

 
OTAK BEKU. MANA NAK CARI IDEA?
Agropolitan? Jelapang Padi?..idea Musbah. Konon. Adui dogok. Tak payah cakap. Satu Malaysia tahu itu BUKAN idea Musbah. Itu idea orang SEDIA dan IDS. Agropolitan campur-campur dengan KPLB. Tapi kena tabik Musbah sebab dia mudah, sensitif, peka, pantas dll, terhidu mana-mana projek yang ada duit!!. 

Pantang dia kalau tidak duduk di hadapan jadi PENGERUSI MESYUARAT. Mau nampak program dia punya idea. Bertangkup langit dan bumi barulah ada idea Musbah. Idea Musbah ada projek berduit! kejar mana projek ada duit kejar. Kongsi-kongsi lain cerita!. Lihatlah projek taliair kawang-kawang-kaguraan ada duit hampir 72 Juta. Saban waktu Musbah lawat, ambil gambar, siar diblog! Lepas itu umum idea Musbah. Begitu mudahkah dapat idea? Alap lagi mangan ding korok tinunu!

Pipit nak hinggap dulu. Otak pipit bercelaru memikirkan kerja kejar projek ada duit pilihan Bekas Ketua UMNO KB. Idea orang lain lantak jadi idea dia.. Jual kainpun idea Pakistan!

Wednesday, March 3, 2010

DATUK MUSBAH PUN LAWAT CHINA?

Datuk Sari Nuar Tan ada kilang kain di China. Datuk Musbah, bila lagi buka kilang? Kalau harap kepada "jelapang padi" saja mati kebulur rakyat Tempasuk. Sekali banjir semua habis.

Pipit lama tidak update blog. Maklumlah letih dari melancong ke China. Di hari kedua di China, secara kebetulan Pipit bertemu dengan orang-orang UMNO. Semua AJK kecuali Andy dan beberapa ahli persatuan golf Kota Belud di Shenzen. Selepas itu kami juga bertemu sewaktu lawatan kilang kain milik keluarga Datuk Sari Nuar Tan. Besarnya kilang seperti satu bandaraya.

Beruntung pemimpin UMNO Kota Belud dapat melawat sambil belajar bersama Datuk Salleh Said. Masa Datuk Musbah Ketua UMNO bahagian Kota Belud dulu, dia selalu cerita dengan Pipit dan kawan-kawan mengenai lawatannya ke China, Dubai, New Zealand dan lain-lain negara. Kami begitu asyik dengar cerita sampai ada yang meleleh air liur, seronok rupanya negeri orang kalau mengikut Hikayat Musbah.

"Kalau Musbah ketua UMNO, kami AJK paling-paling setakat pusing-pusing restoran perdana saja. Paling jauh pun Kota Marudu" kata Awang Samad yang ada bersama rombongan UMNO. Wajah Awang Samad nampak agak ceria dan putih sedikit mukanya walaupun baru dua hari di China. Kalau Awang Samad tinggal sebulan di China mungkin mukanya tambah cerah. Andy yang dengar cerita Awang Samad ketawa terbahak-bahak. "palui teh awang tu" gelak Andy.

Sebenarnya, Datuk Musbah memang banyak membuat lawatan tapi dia melawat seorang diri saja. Mungkin dengan towkey atau business partner. Kalau ada projek baru di Kota Belud, Musbah mesti ada share, terutama kalau projek dari Ketua Menteri. Apa lagi kalau projek itu Musbah yang cadangkan. Lepas itu adalah lawatan Musbah ke luar negara.

Dulu Pipit selalu dengar Datuk Musbah komplen sewaktu dia Ketua UMNO. "Habis gaji dan wang saya belanja UMNO, saya bukan anak orang kaya macam Datuk Saleh. Saya bukan keturunan orang kaya. Tapi saya habiskan harta saya untuk UMNO!!!" Banyakkah harta Musbah sebelum ada UMNO? Musbah tidak sedar kalau bukan jawatannya sebagai Ketua UMNO, dia tidak akan jadi YB. Kalau bukan jawatan UMNO, dia mungkin tidak dapat jawatan Pembantu Menteri. Malah kalau UMNO tidak mengembang sayapnya ke Sabah, Datuk Musbah mungkin masih tawkey jual papan pada hari ini.