Wednesday, March 3, 2010

DATUK MUSBAH PUN LAWAT CHINA?

Datuk Sari Nuar Tan ada kilang kain di China. Datuk Musbah, bila lagi buka kilang? Kalau harap kepada "jelapang padi" saja mati kebulur rakyat Tempasuk. Sekali banjir semua habis.

Pipit lama tidak update blog. Maklumlah letih dari melancong ke China. Di hari kedua di China, secara kebetulan Pipit bertemu dengan orang-orang UMNO. Semua AJK kecuali Andy dan beberapa ahli persatuan golf Kota Belud di Shenzen. Selepas itu kami juga bertemu sewaktu lawatan kilang kain milik keluarga Datuk Sari Nuar Tan. Besarnya kilang seperti satu bandaraya.

Beruntung pemimpin UMNO Kota Belud dapat melawat sambil belajar bersama Datuk Salleh Said. Masa Datuk Musbah Ketua UMNO bahagian Kota Belud dulu, dia selalu cerita dengan Pipit dan kawan-kawan mengenai lawatannya ke China, Dubai, New Zealand dan lain-lain negara. Kami begitu asyik dengar cerita sampai ada yang meleleh air liur, seronok rupanya negeri orang kalau mengikut Hikayat Musbah.

"Kalau Musbah ketua UMNO, kami AJK paling-paling setakat pusing-pusing restoran perdana saja. Paling jauh pun Kota Marudu" kata Awang Samad yang ada bersama rombongan UMNO. Wajah Awang Samad nampak agak ceria dan putih sedikit mukanya walaupun baru dua hari di China. Kalau Awang Samad tinggal sebulan di China mungkin mukanya tambah cerah. Andy yang dengar cerita Awang Samad ketawa terbahak-bahak. "palui teh awang tu" gelak Andy.

Sebenarnya, Datuk Musbah memang banyak membuat lawatan tapi dia melawat seorang diri saja. Mungkin dengan towkey atau business partner. Kalau ada projek baru di Kota Belud, Musbah mesti ada share, terutama kalau projek dari Ketua Menteri. Apa lagi kalau projek itu Musbah yang cadangkan. Lepas itu adalah lawatan Musbah ke luar negara.

Dulu Pipit selalu dengar Datuk Musbah komplen sewaktu dia Ketua UMNO. "Habis gaji dan wang saya belanja UMNO, saya bukan anak orang kaya macam Datuk Saleh. Saya bukan keturunan orang kaya. Tapi saya habiskan harta saya untuk UMNO!!!" Banyakkah harta Musbah sebelum ada UMNO? Musbah tidak sedar kalau bukan jawatannya sebagai Ketua UMNO, dia tidak akan jadi YB. Kalau bukan jawatan UMNO, dia mungkin tidak dapat jawatan Pembantu Menteri. Malah kalau UMNO tidak mengembang sayapnya ke Sabah, Datuk Musbah mungkin masih tawkey jual papan pada hari ini.

No comments: