Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahaya Husin - Pengganti TYT?
Jentera BN Sabah sudah bersedia menghadapi PRU 13 dengan perlantikan pemimpin baru yang masih muda dan bersemangat seperti MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai Setiusaha Perhubungan BN Negeri Sabah yang baru menggantikan YB Datuk Barim Bujang.
Bekas ADUN Bugaya, Datuk Basalie yang tidak habis-habis mengkritik Datuk Seri Mohd Najib juga digugurkan sebagai Setiusaha Kerja BN. Tempatnya di ambil alih Haji Nizam Abu Bakar Titingan.
Sumber juga melaporkan beberapa nama YB yang telah menjadi ADUN selama 4 penggal atau lebih lebih telah disenaraikan untuk digugurkan daripada senarai calon BN. Tugas tersebut sekarang dipertanggungjawabkan kepada Rahman Dahlan.
Alasan utama mengugurkan YB yang telah melebihi 4 penggal kerana pemimpin-pemimpin ini sudah kurang berminat melayan rakyat setelah begitu lama berada pada kedudukan sekarang. Mereka dianggap telah sampai kepada klimeks kuasa dan tiada lagi yang ingin mereka perjuangkan. Oleh itu pemimpin baru yang lebih muda dan bersedia berkhidmat perlu ditampilkan jika BN mahu menarik semula sokongan rakyat terutama golongan pengundi remaja.
Alasan utama mengugurkan YB yang telah melebihi 4 penggal kerana pemimpin-pemimpin ini sudah kurang berminat melayan rakyat setelah begitu lama berada pada kedudukan sekarang. Mereka dianggap telah sampai kepada klimeks kuasa dan tiada lagi yang ingin mereka perjuangkan. Oleh itu pemimpin baru yang lebih muda dan bersedia berkhidmat perlu ditampilkan jika BN mahu menarik semula sokongan rakyat terutama golongan pengundi remaja.
ADUN Kunak - Datuk Nilwan Kabang
Dalam masa yang sama pemimpin yang sedang dalam siasatan SPRM seperti ADUN Tempasuk dan ADUN Usukan adalah dua nama yang telah dikenal pasti akan digugurkan sebagai calon UMNO/BN.
Berikut senarai ADUN yang dijangka akan di kemukakan kepada BN Pusat untuk digugurkan: Senarai ADUN Umno sahaja kerana ADUN komponen BN akan dibincang dengan kepimpinan parti berkenaan sebelum nama di kemukakan kepada BN Pusat:-
1. Sulaman - Datuk Hajiji Hj Nor (5 penggal sejak 1990)
2. Pantai Manis - Datuk Rahim Ismail (5 penggal sejak 1990)
3. Membakut - D Karim Bujang (6 penggal sejak 1985)
4. Tempasuk - Datuk Musbah Jamli (siasatan SPRM)
5. Usukan - Datuk Japlin Akim (gugur hak keahlian UMNO)
6. Balung - Datuk Syed Abas Ali ( memberi laluan kepada pemimpin baru)
7. Karambunai - Datuk Zainab Ahmad (memberi laluan)
8. Petagas - Datuk Yahaya Husin (dilantik TYT yang baru)
9. Kunak - Datuk Nilwan Kabang (memberi laluan)
10.Sugut - Datuk Surady Kayong (5 penggal sejak 1990)
Bung dan Zizie
Disamping itu, antara MP yang dijangka gugur termasuk Datuk Ghafur Saleh, Datuk Bung Mokhtar, Datuk Jusli Ajiorol dan Datuk Salleh Kalbi.
1 comment:
Salam PP,
Yahya Hussin tak layak jadi TYT sebab dia berbangsa Monghul...kahkahkah, cuba perhatikan bulu keningnya mcm bulu kening Kublai Khan.
Post a Comment