Ujian yang indah buat insan.
Pasrahlah kepada Illahi. Sujudlah dan menyembahlah kepadaNya terutama kerana kebersalahan dan keceluparan penulisanmu menghina bangsa, individu dan keturunan orang lain. Sujudlah, mudah-mudahan kedegilanmu dan keegoanmu mengajarmu, kerana selama ini menafikan teguran dan nasihat orang lain, malah tidak pernah kau hiraukan. Sujudlah dengan pasrah. Semoga sikap merasakan diri benar belaka akan keluar dari ubun-ubunmu. Sesungguhnya sujudmu akan memberikan mu keinsafan bila bisikan sayup-sayup menyelinap ditelingamu membisikkan bahawa dosamu masih belum diampunkan sebelum kamu memohon kemaafan dari mereka atas kebersalahan dan khilaf kamu.
Berjuanglah, berjuanglah. Namun "its unwise to fight a losing battle" jika kamu mempercayai naluri kamu sendiri seperti mereka yang benar-benar merasakan nilai keinsanan dan apakala kamu terlalu menggigil dikejar waktu dik patahnya sayap si Malang.
No comments:
Post a Comment