YB Datuk Sukarti Wakiman SETIUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH
"Minta maaflah. Kalau anak Bajau susah sikit dipertimbangkan. Tambah lagi Bajau Kota Belud" jawab kawan saya itu. Terkejut betul ayat begitu keluar dari seorang pegawai kanan yang juga seorang kenalan berbangsa Bajau dari Kota Belud.
"Kenapa begitu?" saya berkeras ingin tahu. "Fahamlah Bro, SKN kita ini bangsa Jawa. Jadi dia tidak suka bangsa Bajau dalam perkhidmatan awam negeri. Pegawai-pegawai Kanan Bajau yang sekarang dalam perkhidmatan awam pun semua masuk "freezer". Ada pegawai bangsa Bajau di JKM dia asyik cari kesalahannya sahaja.
"Tapi bukankah dia pernah jadi SUS Tun Said Keruak dan rapat dengan Datuk Salleh Said?" soal saya terkejut dengan penjelasan sahabat itu. Itu dulu. Sekarang lain.
Macamana ini? Apakah suku Jawa dan Bugis termasuk dalam senarai ANAK NEGERI? Apa maknanya kerajaan British dulu buat Ordinan Anak Negeri untuk melindungi hak anak negeri???? saya bingung dengan masa depan rakyat bumiputra dan anak negeri di Sabah.
Jabatan Tanah. Pengarah berbangsa Bugis. Jabatan Hutan. Pengarah berbangsa Sikh dan Benggali. Ya Rabbi Ya Allah selamatkan negeri dan anak negeri Sabah!.
No comments:
Post a Comment