Monday, March 8, 2010

ISU DATUK RAHMAN DAN JANJI POLITIK SSK!







Tiga sahabat USBO yang mewarnai politik nasional. Ketiga-tiga mereka pernah satu ketika memberi "endorsement"  kepada DARD. Apakah DARD hargai sumbangan mereka? Atau DARD sanggup membunuh karier politik mereka seperti dilakukan ketika bersekongkol dengan  KJ dalam PRU12?




Pipit ucap tahniah tidak terhingga kepada dua pemimpin Kota Belud. Pertama Ketua UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh bin Tun Mohd Said Keruak kerana dilantik sebagai Pengerusi BN Kota Belud yang baru dan Datuk Abdul Rahman bin Datuk Mohd Dahlan kerana dilantik sebagai Setiausaha BN Negeri Sabah yang baru.

Perlantikan dianggap sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa selepas Mei ini. Walaupun tempuh dan penggal kerajaan BN sehingga March 2013, ramai meramalkan PRU13 akan diadakan sebaik sahaja krisis MCA selesai dan pemimpin baru terpilih selepas AGM parti itu pada Mac 28 ini. Snap election  mungkin dalam tempuh Mei hingga April 2011.

Di Kota Belud orang ramai sudah mencongak calon-calon BN. MP kononnya BN akan  kekalkan DARD, Tempasuk Ketua Pemuda UMNO, Barur Sawi, Usukan DSSK dan Kadamaian seorang calon muda PBS menggantikan Herbert Timbun. Dua wakil rakyat yang gugur ialah Datuk Musbah dan Datuk Japlin!

Datuk Musbah alasan peribadi kerana siasatan SPRM manakala Japlin atas alasan dia  bukan ahli parti UMNO kerana JK DISPLIN telah menjatuhkan hukuman menggantung keahliannya selama 3 tahun. Sekiranya hukuman keatas Japlin di tarik balik dia masih layak untuk diberi peluang mempertahankan kerusi Usukan.

Ada beberapa isu di Kota Belud perlu dihadapi DARD dan SSK.

DARD pernah berjanji di Kg Tamau sewaktu kempen pilihan raya, tidak akan beri apa-apa projek kepada orang Tuaran! orang KB tanya apakah janji itu benar-benar dipenuhi? Ada isu orang kampung,  Pipit dengar kononnya abang dan adik-beradiknya nya Tajudin dan Haji Zain yang bolot semua projek parlimen KB? Betulkah? Pipit tidak minat isu ini dibesar-besarkan, mohon DARD jelaskan.

SSK bukan wakil rakyat tetapi tidak pulak dia berhenti berkhidmat kepada rakyat selepas digugurkan dua tahun lalu. Tapi bagaimana dengan janji Salleh baru? Apakah benar ada perubahan dalam pendekatan politik SSK?Ada yang  persoalkan kenapa orang-orang tertentu sahaja di bantu seperti Barur Sawi, Musli Oli, Jemil Sidah, Zainal Abidin. Bagaimana dengan orang lain termasuk ketua-ketua cawangan yang pernah sokong SSK sewaktu menentang Datuk Musbah merebut jawatan Ketua UMNO?

Orang-orang baru politik tanya kepada SSK, orang muda tidak diberi peluangkah jika SSK jadi YB dan jawatan menteri?

5 comments:

rojokobog said...

Salam Pipit,
Saya juga ingin sekali membaca penjelasan DARD jika beliau dapat menjelaskan tentang projek-projek yang dimaksudkan oleh Pipit...

Tentang calon-calon pada PRU-13 nanti pada saya agak kabur, apa tak kaburnya, sebagai contoh Datuk Japlin masih digantung keahlian UMNO nya? Datuk Musbah ada kes SPRM seperti dakwaan Pipit? Dato' Rahman SU BN, pada kebiasaannya sebagai SU BN Negeri iannya akan menjadi calon DUN dan bukannya Parlimen, ini bermakna ketiga-tiga calon BN Kota Belud ) 2 DUN/UMNO dan 1 Parlimen/UMNO belum pasti akan dapat mengekalkan kerusi masing-masing bersandarkan fakta diatas, DARD kalau dicalonkan sebagai calon DUN kemungkinan besar bukan di Kota Belud, entah di Tuaran, sepanggar atau tempat yang lebih selamat untuk beliau sebagai SU BN Negeri..

Isu Datuk Saleh tentang orang-orang kanannya saja yang beliau tolong, itu diluar pengetahuan saya sebab saya tak nampak dari segi apa SSK tolong, kalau surat sokongan dan duit dari poketnya sendiri keluar itu kemungkinan ada betulnya..Ketua-Ketua Cawangan yang menyokong SSK semasa pemilihan UMNO yang lepas wajib juga di bantu oleh SSK dari segi Ekonomi dan khidmat nasihat...tentang calon DUN Tempasuk yang diwar-war oleh Pipit iaitu Sdr Baror Sawi?? adakah beliau mampu memikul tugas tersebut yang agak berat walaupun beliau pernah menjawat jawatan PKR Tempasuk suatu ketika dulu, menjadi seorang wakil rakyat dizaman ini seumpama menggadaikan nyawa dan badan kepada rakyat, jangan mengeluh bila beban dan tanggungjawap sudah terpikul dibahu kelak, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung..

PIPIT PEKEPA' said...

terima kasih atas kunjungan rojokobog,

jawatan politik ini agak fleksibel. Memang jika berpandukan kepada penjawat asal SU BN Negeri Datuk Karim Bujang bertanding kerusi DUN tetapi ini tidak bermakna SU BN mesti bertanding DUN. Ada SU BN di negeri-negeri lain juga Ahli Parlimen dan ramai yang bukan wakil rakyatpun.

Kemungkinan DARD bertanding di Sulaman memang tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana DARD masih mengekalkan keahlian UMNO di Tuaran bukan KB. Ini memberi gambaran strategi politik DARD masih melihat masa depan politiknya di Tuaran iaitu sebagai ADUN Sulaman. Hajiji sudah 5 penggal sebagai ADUN, wajarlah berundur.

Mungkin saingan DARD dari Aliasgar dan Kasim tetapi ini bukan halangan besar buat DARD yang rapat dengan pucuk pimpinanan negeri dan nasional.

Dalam kes Japlin kecuali ada "pengampunan" dan keahliannya dalam UMNO dipulihkan, jika tidak Japlin tidak berparti menjelang PRU akan datang.

Kita harap Barur boleh berfungsi seperti Datuk Lajim Okin yang boleh memberi khidmat walaupun pendidikan tidak tinggi. Barur sudah tentu dapat sokongan dari TSP.

Mengenai SSK. Banyak juga kabarnya dia bantu sokong dapat projek. Musli kabarnya dapat projek sekolah. Begitu juga Zainal, Perdan dan Jemil.

Tetapi orang tanya, "ngini gaai-gaai jo sigah"

Hussin Lampoyang said...

Saya tidak nampak asas kepada dakwaan Pipit ini...ia lebih banyak kepada spekulasi dan khabar angin..mengenai SSK membantu orang-orangnya itu wajar, mengenai orang lain itu lagi wajar..

satu yang saya nak cakap,..orang-orang di KB sekarang begitu tidak senang hati dengan SSK..cuba pipit sekali sekala terbang hinggap di restoran di mana orang kb selalu lepak cerita politik..rata-rata ketua cawwangan tidak begitu mesra dgn SSK kerana kata mereka SSK sudah semakin lupa dgn mereka, malahan ketika musimbanjir dan kemarau..SSK keluar negeri pula bercuti..rakyat yang menyokongnya tinggal gigit jari..

YB Dato' Abdul Rahman Dahlan said...

Terima kasih atas ulasan Pipit Pekepa'...

Projek-projek di Kota Belud yang di "kuasai" oleh saya ialah peruntukan ahli parlimen yang bernilai RM1juta hingga RM2 juta. Khabarnya tahun ini hanya RM1.5 juta yang diberi oleh kerajaan.

Dalam peruntukan yang tidak seberapa inilah, saya terpaksa menjaga Kota Belud. Disitulah permohonan prjek kecil untuk kampung dipertimbangkan untuk AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri, komponen-komponen parti, NGO, JKK, Ketua-Ketua kampung dan berbagai-bagai lagi termasuk permohonan langsung dari rakyat jelata dari ketiga-tiga DUN di Kota Belud.

Mengenai Tajuddin, dia hanya membantu saya untuk menguruskan permohonan-permohonan orang-orang Kota Belud di pejabat pembangunan negeri (SDO) bersama-sama dengan pegawai-pegawai saya yang lain seperti Idris, Aslee dan Awatnir. Tajuddin hanyalah sebahagian daripada rangkaian terdekat saya untuk membantu saya menjalankan tugas.

Semua maklumat permohonan yang saya luluskan melalui peruntukan ahli parlimen ada di pejabat Ahli Parlimen. Anda dijemput datang untuk melihatnya jika berhasrat berbuat demikian kerana saya mahu penganugerahan projek dapat dibuat secara telus dan terbuka.

Manakala mengenai Hj Zain, beliau TIDAK terlibat langsung dengan politik atau projek di Kota Belud kerana asas perjuangan politik beliau adalah di Tuaran.

Terima kasih.

PIPIT PEKEPA' said...

Terima kasih kepada MP Kota Belud kerana reaktif terhadap tulisan Pipit. amatlah dihargai pemimpin yang sensitif terhadap isu-isu yang dianggap remeh dan kecil tapi jika tidak diberi penjelasan bisa menjadi barah dan masalah di masa depan.

Sekali lagi Tahniah DARD!

Diharap orang kampung yang suka bercakap di kedai kopi mengenai hal ini datanglah ke pejabat parlimen Kb dan lihat sendiri siapa yang dapat projek.

terima kasih dari Pipit