Saturday, March 20, 2010

SAYA TAK CUKUP HANDSOME UNTUK ZIZIE - Siapa bohong? Zahrain, Bung atau Rahman Dahlan?



Datuk Bung Mukhtar Radin, MP Kinabatangan yang namanya  didedahkan Datuk Zahrain sebagai salah seorang dari lapan orang  MP dari BN yang akan melompat menyertai PKR menafi sekeras-kerasnya beliau pernah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya Bung menuduh Zahrain sebagai pembohong besar!

Teringat Pipit kepada  kenyataan Bung "Saya mana  cukup hensem untuk menjadi suami zizie".

Seingat Pipit ada seorang MP yang berapi-api berucap dan membuat dakwaan dalam Dewan Rakyat kononnya  mendapat tawaran wang yang banyak (boleh hidup mewah sampai tujuh keturunan) untuk sertai Pakatan Pembangkang. Orang itu ialah MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Jangan pula Rahman marah kerana  namanya tidak termasuk dalam lapan MP yang  didedahkan Datuk Zahrain Hashim. Maklumat yang didedahkan Zahrain adalah maklumat yang diperolehi daripada Anwar Ibrahim.

MP yang cadang melompat semua dapat ganjaran besar. Anifah Aman menteri penuh selepas berucap sanggup pindah rumah teres. Dr Puad jadi Timbalan Menteri. Ronald Kiandee Timbalan speaker. Ku Li nak jadi PM kerajaan Perpaduan. Tapi Bung dapat  hadiah paling best asal jangan lompat, ZIZIE!

Rakyat dan  Pipit makin pening  fikir perangai MP kita ni.


2 comments:

hilbert said...

Salam PP,

Ini semua salah faham sebenar. Ramai kalangan bloggers yang tidak faham dengan kenyataan oleh YB Zahrain itu dan begitu juga dengan MP BN, mereka gagal untuk memahami keterangan yang telah dibuat oleh Zahrain ketika dalam Dewan Rakyat Rabu lepas.

YB Zahrain hanya menjelaskan kepada Dewan apa yang dikatakannya itu adalah mengikut apa yang telah dikatakan oleh Anwar Ibrahim kepada semua wakil rakyat Pakatan Pembangkang kononnya ada 8 MP akan menyertai PKR bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008, dan bukannya Zahrain menuduh 8 MP BN itu hendak keluar BN dan masuk PKR...itulah apa maksud penjelasan Zahrain itu.

Diulang sekali lagi~ YB Zahrain sekadar menjelaskan mengenai pembohongan yang telah dibuat oleh Anwar dan penjelasan yang dibuat oleh YB Zahrain membawa maksud sehingga menuduh 8 MP BN bersetuju untuk menyertai PKR. Harap Bung Mokhtar, Ku Li, Puad, Ghaffur Salleh dan lainnya faham tentang isu ini.

Tatap PAS said...

Pipit..

cuba kau bandingkan MP PAS dengan MP BN..? Apa yang kamu dapat kamu buat kesimpulan..?