Monday, March 22, 2010

MUSLI OLI KETUA BIRO POLITIK BN - APA AGENDA SSK?


SEJAK DILANTIK  AJK BARISAN NASIONAL,  MUSLI SUDAH HISAP CIGAR !

Semalaman Pipit di Kota Belud. Ahad ramai kenduri kawin kaum kerabat di kampung halaman Pipit. Disamping menjamah juadah yang beranika jenis, mata saya liar memerhati keliling dengan harapan dapat bertemu YDP Perkasa Sabah, Musli Oli yang kabarnya telah dilantik sebagai AJK Barisan Nasional Kota Belud.

Tujuan Pipit minta komen dan pengesahan perlantikan itu dari mulut beliau sendiri. Tetapi saya tidak bertemu dengan MO sepanjang hari hingga ke malam. Mungkin MO sakit  kerana kabar dari kawan-kawan Musli diserang sakit jantung minggu lepas dan diselamatkan Dr Saijan. Dia post dalam facebook.

Saya ucap tahniahlah kepada Musli Oli. Selain tanggungjawab sebagai YDP Perkasa, dia telah diberi tugas lebih mencabar. Tapi kawan-kawan yang bercerita, ramai tidak setuju Musli dilantik sebagai AJK BN. Mereka kata Musli adalah aktivis politik yang pandai "sawan" dan akan serang BN bila-bila masa jika ada isu yang dia tidak setuju.

"SSK lantik loose cannon, yang akan tembak semua arah termasuk ke arah pemimpin UMNO dan BN sendiri. Lepas itu buat kenyataan mau tanding parlimen Kota Belud" Kata salah seorang dari kawan yang nampak marah sangat dengan perlantik MO. Katanya lagi Musli adalah penulis buku dan kadang-kadang tulis yang kena batang hidung BN. Sudah tentu kesetiaannya tidak sepenuhnya kepada BN.

Namun seorang telah memberi pendapat yang menarik. Menurutnya perlantikan MO adalah budi bicara Pengerusi BN Kota Belud, Datuk Seri Salleh Keruak.  SSK pasti ada muslihat kenapa pilih MO.

Tetapi yang pasti ramai cakap Musli sudah cakap besar dan tembirang sejak dilantik sebagai AJK BN. Pipit tidak sabar mendengar sendiri cerita dari mulut MO sendiri.

3 comments:

rojokobog said...

Salam Pipit,
Kalau betul berita ini, sekalung TAHNIAH buat Encik Musli Hj Oli, dengan harapan curahkan lah segala pengalaman,idea yang bernas dan membina demi untuk memantapkan parti...

Anonymous said...

salam pipit..
Bagi saya memang sesuai pun MO dilantik sbg ajk bn kerana pd masa kini kita sudah tidak perlukan orang hanya tahu mengipas pemimpin sahaja. kita perlukan seseorang yg alert tentang cuaca politik dlaman dan luaran. lantang menegur dan berani tanpa mengira sesiapa pun.kalau kawan tdk ngam kena tegur..pemimpin tidak ngam pun kita kena tegur juga. kadangkala ada juga idea yg boleh pakai dari MO ni..soal menghantam balik di belakang hari tu biasa la..kalau tidak ngam mesti hantam punya...

Tatap PAS said...

Alangkah baiknya kalau lantik orang tidak kuat mengampu...